katsana

July 26, 2017

Memperkenalkan Aplikasi DriveMark™

‹ Back to article list
katsana

KATSANA dengan bangganya mengumumkan aplikasi flagship terbaru iaitu – DriveMark. Aplikasi telematik ini adalah kemuncak hasil kerja gabungan antara telematik dan juga sistem penjejak kereta. DriveMark akan menjadi batu loncatan untuk kami menjadi penyedia insurans berasaskan penggunaan di Malaysia dan dalam masa yang sama menjadi pemangkin kepada pemanduan yang selamat.

Adakah anda tahu bahawa Malaysia berada di kedudukan ke 16 di dunia apabila melibatkan kemalangan jalan raya?
Berpaksikan kepada misi utama kami untuk menjadikan jalan raya di Malaysia lebih selamat. KATSANA sedang dalam perjalanan untuk menjadi pemangkin kepada pemanduan selamat di Malaysia.
Menggunakan teknologi KATSANA yang sama untuk menilai pemandu, kepakaran unik yang telah diasah melalui amaun data yang sangat besar (kami telah mengumpul lebih daripada 400 juta km jarak perjalanan), pasukan kami telah bersepakat ini adalah masanya untuk menggunakan pembelajaran kami untuk kegunaan.

Aplikasi tersebut boleh dimuat turun di https://www.getdrivemark.com
Drivemark di Apple App Store | DriveMark di Google Play

DriveMark membantu anda untuk menjadi pemandu yang selamat

DriveMark adalah aplikasi terkini yang menjejak tingkah laku anda ketika memandu dan mengira markah anda menggunakan algoritma milik kami. Ia melatih anda untuk menjadi pemandu yang lebih baik dan selamat dengan mengesan corak yang berisiko, seperti memecut secara kasar, berhenti secara mengejut disebabkan kurang jangkaan dan membelok secara kasar ketika sedang laju.

Secara mudahnya, DriveMark membenarkan anda untuk menilai diri anda di atas jalan.

Selepas dipasang pada peranti anda, DriveMark akan berjalan secara automatik pada peranti anda tanpa perlu input daripada pengguna. Ia telah direka untuk berfungsi di belakang tabir menentukan pergerakan pemanduan anda secara bijaknya. Apabila pemanduan berhenti, DriveMark akan menyediakan kepada anda markah perjalanan tersebut, dan memberitahu anda kecenderungan anda untuk memandu secara melulu berdasarkan 4 komponen utama.

Kami mempunyai lebih banyak ciri-ciri yang sedang ditambah. Muat turun DriveMark sekarang dan beritahu kami pendapat anda!

Usage-Based Insurance app in Malaysia

Rumusan aplikasi telematik DriveMark

1. Apakah DriveMark?
DriveMark adalah aplikasi telematik yang menjejak, mengira markah dan juga mengjangkakan tingkah laku pemanduan anda.
2. Perlukah saya membuka aplikasi DriveMark setiap kali saya memandu?
Tidak. DriveMark akan berfungsi secara automatik di belakang tabir. Anda tidak perlu membuka aplikasi tersebut setiap kali anda memandu.
3. Perlukah saya membolehkan fungsi GPS pada telefon?
Ya, fungsi GPS perlu dibolehkan sepanjang masa.
4. Adakah aplikasi ini menggunakan bateri saya dengan banyak?
DriveMark akan menjadi tidak aktif apabila anda tidak memandu. Ia akan bertukar kepada mod aktif dan menggunakan bateri hanya apabila anda bergerak.
5. Apakah aspirasi di sebalik DriveMark?
Kami menyedari bahawa Malaysia di kedudukan tertinggi untuk kemalangan maut di jalan raya. Berada di kedudukan 16 dalam seluruh dunia secara tepatnya. Kami membina DriveMark untuk menjadi pemangkin untuk pemanduan selamat di Malaysia.
6. Bagaimanakah ini boleh dikaitkan dengan insurans motor?
Kami sedang bekerja untuk menyediakan diskaun insurans motor kepada pemandu yang mendapat markah DriveMark yang tinggi, dengan harapan hasil daripada tingkah laku di jalan raya yang baik.
7. Adakah ini bermakna data ini boleh diakses oleh pihak insurans?
Tidak, kami secara spesifiknya mereka DriveMark untuk membina pemandu. Data identifikasi anda tidak akan dikongsi tanpa keizinan anda. Anda tentukan dengan pemilik insurans mana anda ingin kongsikan data anda.
8. Selain daripada mengira markah pemandu, adakah ciri-ciri lain yang ada?
Kami mempunyai banyak lagi ciri-ciri, fokus kepada gamifikasi dan juga elemen sosial. Nantikan untuk lebih lagi fungsi!
9. Baik! Bagaimana saya ingin menghantar laporan ralat, komen dan juga maklumbalas?
Anda boleh hantarkan email terus ke [email protected]