katsana

July 02, 2024

Panduan Permohonan Subsidi Diesel Malaysia

‹ Back to article list
katsana

Panduan Permohonan Subsidi Diesel ini dikarang oleh team KATSANA bagi memudahkan syarikat-syarikat pengangkutan, logistik dan juga para pelanggan Sistem Fleet Management kami memohon bantuan subsidi diesel yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bagi mengurangkan impak penilaian semula harga diesel.

Nota penulis: Baca artikel ini dalam bahasa Inggeris 👉 How to get Diesel Subsidy (SKDS 2.0)

Rujuk carta aliran di bawah untuk ringkasan anda. Jika anda merupakan pengusaha Syarikat Pengangkutan Awam & Barangan Darat, artikel ini dikarang khas untuk anda.

Carta Aliran Diesel Subsidi Malaysia
Carta Aliran Diesel Subsidi Malaysia

Seksyen 1: Memahami proses keseluruhan permohonan subsidi MyDiesel

1.1  Dua Permohonan yang wajib anda buat

Syarikat pengangkutan & logistik perlu mengemukakan dua permohonan berasingan iaitu:

  1. Permohonan untuk mendapatkan kuota Diesel Subsidi (Melalui sistem SKDS 2.0): Ini adalah permohonan yang paling penting kerana anda perlu mendapatkan pengesahan dari kerajaan bahawa syarikat and boleh membeli diesel pada harga bersubsidi. Kerajaan Malaysia akan menilai permohonan anda berdasarkan beberapa syarat kelayakan. Setelah permohonan diluluskan, anda akan mendapat:
    1. Surat Kelayakan Membeli Diesel Bersubsidi dari KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia).
    2. Senarai Kenderaan yang Layak
  2. Permohonan ‘Fleet Card’/’Fuel Card/’Kad Minyak’: Setelah mendapat kedua-dua kelulusan (diberikan serentak), anda perlu memohon Fleet Card. Permohonan ini perlu dibuat dengan syarikat minyak pilihan anda. Anda akan diberikan ‘Fleet Card’/’Fuel Card/’Kad Minyak’ yang akan digunakan semasa pengisian minyak di stesen minyak. Kad-kad ini akan diberikan dalam bentuk kad fizikal (bersaiz kad kredit), atau kad digital (melalui aplikasi iOS/Android). Ia akan merekod transaksi anda secara digital, termasuklah jumlah dan harga. Tanpa kad tersebut, anda tidak dapat membeli minyak diesel yang bersubsidi.
Surat Kelayakan Membeli Diesel Bersubsidi dan Senarai Kenderaan yang Layak
Surat Kelayakan Membeli Diesel Bersubsidi dan Senarai Kenderaan yang Layak

1.2  Apakah SKDS 2.0?

Definisi & Tujuan: SKDS 2.0 ialah singkatan Sistem Kad Diesel Subsidi 2.0. Sistem ini adalah satu initiatif Kerajaan Malaysia untuk menyalurkan subsidi diesel secara bersasar (targeted) kepada syarikat-syarikat pengangkutan awam dan logistik tempatan. Program ini menyediakan diesel bersubsidi melalui penggunaan ‘fleet card’. Sistem ini diharap akan membantu syarikat mengawal penggunaan minyak diesel dan memudahkan proses pembelian minyak bersubsidi.

Faedah-Faedah Utama:

  • Pengurangan kos bahan minyak: Kelebihan utama SKDS 2.0 bagi syarikat-syarikat pengendali pengangkutan dan logistik adalah akses kepada diesel bersubsidi yang membantu mengurangkan kos bahan bakar/minyak diesel secara drastik.
  • Memudahkan pengurusan bahan bakar/minyak diesel: ‘Fleet card’ yang disediakan melalui SKDS 2.0 akan memudahkan proses pembelian diesel bersubsidi. Sistem ‘fleet card’ juga mempunyai aplikasi digital yang memudahkan pengusaha pengangkutan & logistik mengawal dan menguruskan pembelanjaan berkaitan diesel.
  • Menyenangkan aliran tunai: Dengan subsidi dan proses yang lebih telus, syarikat boleh menguruskan aliran tunai dengan lebih baik, memboleh pengaliran dana ditujukan kepada tujuan yang lebih kritikal.
  • Laporan semasa yang lebih berkesan: Sistem ‘fleet card’ menyediakan laporan semasa yang tepat berkenaan penggunaan minyak dan kos pembelian.
  • Pengurangan pembaziran & ketirisan diesel: Dengan penggunaan Sistem Pemantauan Minyak KATSANA, pengusaha pengangkutan & logistik boleh mengurangkan pembaziran minyak yang disebabkan ketirisan & kecurian.

Soalan: Apakah perbezaan utama SKDS 2.0 dan program Budi Madani?

Program SKDS 2.0 dilancarkan untuk syarikat-syarikat pengangkutan & logistik manakala program Budi Madani disasarkan kepada pengusaha ladang, ternakan, dan usahawan kecil-kecilan yang kebiasaannya tidak mempunyai syarikat berdaftar.

Soalan: Bolehkan saya menyemak kelayakan kenderaan saya untuk menerima subsidi diesel?

Boleh. Anda boleh menyemak kelayakan kenderaan dengan menggunakan fungsi carian kenderaan di portal MySubsidi. Anda boleh tekan pautan ini untuk menyemak kelayakan: https://mysubsidi.kpdn.gov.my/portal/check_vehicle

Semak kelayakan subsidi diesel untuk kenderaan anda di https://mysubsidi.kpdn.gov.my/portal/check_vehicle
Semak kelayakan subsidi diesel untuk kenderaan anda di https://mysubsidi.kpdn.gov.my/portal/check_vehicle

Soalan: Bagaimana saya boleh mengurangkan ketirisan diesel seperti kecurian minyak, dan penggunaan diesel berlebihan?
Anda boleh menggunakan Sistem Pemantauan Minyak/Diesel (Fuel Monitoring System) yang dibina oleh team KATSANA bagi menyelia penggunaan diesel kenderaan anda. Sistem pemantauan minyak ini akan mengesan jumlah minyak dalam tangki dan juga akan mengenalpasti sebarang cubaan kecurian diesel dari tangki tersebut. Baca dengan lebih lanjut di sini 👉 Fuel Monitoring System for Fleets – The complete guide

Installing fuel monitoring system on fleet
Fuel Monitoring System sedang dipasang pada tangki lori

Installation of fuel level sensor require drilling onto the external fuel tank for a permanent insertion of measuring scope.

Sensor paras minyak dipasang untuk memantau penggunaan minyak & mengesan kecurian minyak.

Berminat dengan Fuel Monitoring System? Hubungi kami

1.3 Apa itu Fleet Card diesel?

Fleet Card diesel, atau juga dikenali sebagai Fuel Card merupakan satu jenis kad pembayaran minyak yang dikeluarkan dan diedarkan oleh syarikat-syarikat minyak di Malaysia (Petronas, Shell, Petron, Caltex dan BHP) untuk memudahkan proses pembelian diesel bersubsidi. Kad ini wujud dalam bentuk fisikal (saiz sama seperti kad kredit), atau dalam bentuk digital (seperti aplikasi Petronas Setel).

Ini ada maklumat yang patut anda tahu mengenai fleet card:

  • Fleet card dikeluarkan oleh syarikat minyak kesukaan anda. Anda boleh pilih untuk menggunakan sehingga 3 Jenama yang berbeza (daripada keseluruhan 5)
  • Anda perlu memohon fleet card setelah permohonan SKDS 2.0 diluluskan.
  • Syarikat minyak mengambil masa 2-4 minggu untuk memberikan kelulusan fleet card
  • Kad tersebut hantar boleh digunakan di stesen minyak Jenama yang telah anda pilih/tentukan. Sebagai contoh, fleet card dari Shell tak boleh digunakan di Petronas.
  • Setiap kenderaan anda mempunyai kad fleet yang tersendiri. Maklumat mengenai kenderaan tersebut telah direkodkan pada fleet card.
  • Setiap transaksi menggunakan fleet card akan direkodkan secara automatik di dalam portal MySubsidi bagi tujuan pengawasan dan laporan.
  • Fleet card mampu mengurangkan selewengan penggunaan diesel kerana hanya kenderaan yang diluluskan boleh membeli diesel bersubsidi.
  • Fleet Card adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan diesel bersubsidi.

1.4 Syarat-syarat kelayakan permohonan subsidi diesel

Untuk memohon diesel bersubsidi melalui program SKDS 2.0, anda perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah:

  • Pendaftaran Syarikat: Anda perlu berdaftar mempunyai syarikat berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016, Akta Perniagaan 1956, atau Akta Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
  • Pemilikan kenderaan: Permohon perlulah memiliki kenderaan-kenderaan tersebut, yang didaftarkan di bawah nama syarikat.
  • Cukai Jalan yang Aktif
  • Jenis penggunaan yang layak: Kenderaan mestilah digunakan khusus untuk salah-satu daripada 23 jenis penggunaan yang layak diesel bersubsidi.
  • Pemohon mestilah pemilik syarikat atau eksekutif: Hanya pemilih syarikat atau eksekutif dibenarkan memohon dan berurusan dengan KPDN.
  • Tidak menggunakan ‘Runners’: Runners tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN.
  • Permohonan yang benar: Permohonan perlu menyediakan maklumat yang benar dan tepat.
  • Diesel bersubsidi kegunaan sendiri sahaja: Diesel yang diluluskan hanya boleh digunakan untuk kegunaan kenderaan yang didaftarkan dibawah syarikat. Diesel bersubsidi tidak boleh dipindahkan atau diberikan kepada mana-mana individu atau syarikat lain.
  • Penerima subsidi mesti memaklumkan kepada KPDN jika berlaku perubahan dalam operasi seperti tukar nama pemilik kenderaan.
  • Mestilah mematuhi sebarang syarat yang dikenakan KPDN.
  • Mestilah mematuhi sebarang syarat yang dikenakan oleh penyedia ‘Fleet Card’
  • KPDN mempunyai had kuasa mutlak untuk menukar sebarang syarat atau menarik-balik kelayakan subsidi jika terdapat perlanggaran syarat-syarat.

1.4  Senarai Kegunaan Kenderaan layak subsidi diesel

Untuk memohon subsidi diesel dan fleet card, kenderaan anda perlu digunakan untuk tujuan berikut sahaja:

  • Pengangkutan Awam
    1. Bas Sekolah / School bus
    2. Bas Ekspres / Express bus
    3. Bas Henti-henti / Stage bus
    4. Bas Mini / Mini bus
    5. Bas Pengantara / Feeder bus
    6. Kereta Sewa / Car-Rental
    7. Teksi / Taxi
    8. Van dan Lori Mayat / Hearse
    9. Ambulans / Ambulance
    10. Kereta Bomba / Fire engine
  • Pengangkutan barangan
    1. Lori Rigid – Kargo Am
    2. Prime Movers / Penggerak Utama
    3. Lori Rigid – Luton / Kotak
    4. Lori Rigid – Tangki Air
    5. Lori Rigid – Minuman Botol
    6. Lori Rigid – Refrigerated
    7. Lori Rigid – Tangki Teping
    8. Window Van
    9. Panel Van
  • Pengangkutan barangan (tambahan)
    1. Lori Rigid – Curtainsider
    2. Lori Rigid – Hasil Pertanian
    3. Lori Rigid – Kandang Haiwan
    4. Lori Rigid – Combinasi
    5. Lori Rigid – Open Platform
    6. Bas food catering
    7. Van food catering
    8. Lori good catering
    9. Lori Tangki Rigid – Minuman
    10. Semi – Panel Van
    11. Bas Perkhidmatan Bergerak
    12. Van Perkhidmatan Bergerak
    13. Lori Rigid – Perkhidmatan Bergerak
    14. Lori Rigid – Sampah

Seksyen 2: Memohon Subsidi Diesel dan Fleet Card

2.1 Penyediaan Dokumen Rasmi

Sebelum anda memulakan proses permohonan, pastikan anda mempunyai semua dokumen yang diperlukan. Persediaan ini akan memudahkan permohonan dan mengurangkan risiko kelewatan kelulusan subsidi diesel.

  • Sijil Pendaftaran Perniagaan: Bukti pendaftaran syarikat anda di Malaysia.
  • Maklumat kenderaan / Fleet: Maklumat lengkat berkenaan kenderaan-kenderaan yang digunakan dalam operasi anda, seperti…
    1. Jumlah kenderaan
    2. Jenis kenderaan (seperti truck pickup, van, kereta, lori etc)
    3. Nombor plate/pendaftaran kenderaan
    4. Roadtax/Cukai Jalan yang aktif
    5. Jumlah minyak diesel yang digunakan sebulan
  • Penyata kewangan: Dokumen kewangan terbaru sebagai bukti penggunaan minyak & keperluan operasi.
  • Maklumat operasi: Maklumat mengenai operasi syarikat, tertumpu kepada operasi yang berkaitan penggunaan diesel (seperti kekerapan trip, jenis barangan yang dibawa, route)
  • Maklumat tambahan: Jika anda mempunyai sebarang maklumat tambahan untuk menyokong permohonan, boleh dikepil bersama.

2.2 Permohonan kuota diesel bersubsidi di portal MySubsidi

  1. Lawat portal rasmi SKDS 2.0
    • Lawati portal SKDS menggunakan desktop browser
    • https://mysubsidi.kpdn.gov.my/
    • Pastikan anda berada di laman yang betul untuk mengelakkan penipuan digital.
  2. Daftarkan akaun pengguna baru
    • Jika anda tidak mempunyai akaun lagi, anda boleh mendaftar akaun baru. Anda perlu mengemukakan maklumat seperti nama syarikat, nombor pendaftaran, alamat & nombor telefon, dan sebagainya.
  3. Isi maklumat penuh dalam Borang Permohonan
    • Setelah anda berdaftar, log masuk ke dalam akaun anda dan akses Borang Permohonan MyDiesel.
    • Borang ini akan meminta:
      • Maklumat perniagaan (nama, alamat, nombor pendaftaran)
      • Maklumat kenderaan (jumlah kenderaan, jenis, nombor plate)
      • Penyata kewangan (menunjukkan perbelanjaan minyak terkini)
      • Maklumat operasi (route, jumla penggunaan minyak)
  4. Muatnaik Dokumen
    • Muatnaik semua dokumen yang diminta dalam Borang Permohonan. Pastikan dokumen tersebut jelas dan boleh dibaca.
  5. Semak dan Hantar
    • Pastikan semua maklumat telah diisi dengan betul dan tepat.
    • Setelah selesai semak, anda boleh tekan butang Hantar/Submit.
  6. Pengesahan
    • Setelah Borang Permohonan dihantar, anda akan menerima email atau notifikasi pengesahan. Simpan makluman ini sebagai rekod anda.

2.3 Permohonan Fleet Card di portal syarikat minyak

Setelah anda mendapat Surat Kelulusan daripada KPDN, anda boleh memohon ‘Fleet Card’/’Fuel Card’. 5 syarikat minyak terbesar di Malaysia telah menyediakan lebih 1 juta fleet card sebagai persiapan penilaian semula harga diesel.

Anda dibenarkan untuk memohon fleet card dari beberapa syarikat minyak (maksimum 3 Jenama). Tekan pautan di bawah untuk memohon:

Seksyen 3: Frequently Asked Questions

Berapakah harga diesel bersubsidi melalui SKDS 2.0?
Jika anda mendapat kelulusan diesel bersubsidi, harga diesel anda ialah RM2.15/liter.

Bolehkan saya menghantar permohonan secara Pos atau Manual?
Tidak dibenarkan sama sekali. Permohonan perlu dibuat melalui sistem online SKDS 2.0.

Apakah maklumat yang perlu dihantar semasa memohon subsidi diesel?
Anda hanya perlu mengepilkan: Maklumat perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan, dan pilihan jenama fleet card anda (pilihan antara Petronas, Shell, Petron, Caltex atau BHP)

Berapa lama jangkaan masa untuk permohonan saya diluluskan melalui SKDS 2.0?
Permohonan akan diluluskan serta-merta bergantung kepada maklumat yang lengkap.

Kenapa permohonan saya ditolak?
Permohonan boleh ditolak atas beberapa sebab, sebagai contoh:

  • NRIC/Nombor pendaftaran SSM tidak tepat
  • Nama perniagaan tidak sama dengan Sijil Pendaftaran Perniagaan
  • Permohonan menggunakan nombor pendaftaran SSM yang lama
  • Kenderaan tidak tersenarai dalam 23 jenis kenderaan yang diluluskan
  • Kendaraan tidak dimilik oleh perniagaan anda
  • Cukai jalan (roadtax) kenderaan telah tamat tempoh

Berapa banyak jenama fleet card yang boleh saya pilih?
Anda boleh memilih sehingga 3 jenama (maksimum) fleet card daripada Petronas, Shell, Petron, Caltex dan BHP.

Apakah dokumen yang saya perlukan untuk memohon fleet card?
Anda perlu mengepilkan dua dokumen iaitu Surat Kelulusan dari KPDN, dan senarai kenderaan yang telah diluluskan untuk menerima subsidi diesel.

Berapa lama masa yang diperlukan untuk kelulusan fleet card?
Penyedia fleet card biasanya mengambil masa 2-4 minggu untuk proses dan meluluskan permohonan fleet card.

Siapa yang boleh saya hubungi untuk pertanyaan?
Anda boleh menghubungi Pusat Panggilan SKDS semasa waktu bekerja di +603 8882 6769